Photobucket

Friday, December 16, 2011

Manfaatkan kewujudannya...

"...WANITA HIASAN DUNIA..SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..YANG AKAN MEMBAHAGIAKAN SYURGA..."


inilah antara bait-bait lagu yang sering berkumandang di corong-corong radio yang bisa membuatkan pendengarnya tersenyum dengan susunan kata bersulamkan melodi yang indah...merdu...dan syahdu....alangkah beruntungnya diri bergelar 'wanita solehah'..

Alhamdulillah...melihat pada arus kemodenan yang semakin pesat di negara tercinta ini...dengan kecanggihan teknologi yang semakin hari semakin bercambah...bangunan-bangunan yang kian  tinggi mencakar langit...gah berdiri melambangkan kemajuan...Alhamdulillah...masih ada kesedaran dalam diri masyarakat kita tanda keimanan yang masih terbuku dalam qolbu...program-program realiti yang berguna, berfaedah, bermanfaat terus menerus dan semakin rancak diwujudkan...timbul rasa bangga di hati melihatkan perubahan yang sebegini..apatah lagi di negara sendiri...yang mana sebuah negara yang membawa ikon Islam...Alhamdulillah....

Banyak program-program yang berkisarkan keagamaan telah berlangsung di kaca-kaca tv sepertinya program USTAZAH PILIHAN..dan yang masih fresh iaitu program SOLEHAH yang baru menutup tirainya pada malam tadi...amat tidak disangka-sangka, rupanya ramai diantara kita yang mempunyai bakat yang terpendam...memberi motivasi...berceramah..serta menghuraikan dan melontarkan hujah-hujah yang bernas...pepatah melayu ada mengatakan::"belakang parang juga akan tajam jika selalu di asah".. dan begitu jugalah kita...inilah antara  matlamat dan cita-cita yang besar yang ingin dicapai oleh penerbit-penerbit rancangan seperti ini...

Rancangan dakwah dan kerohanian sebeginilah yang seharusnya dimantapkan dan haruslah diberi sokongan penuh oleh semua golongan tak kira tua, muda, kecil mahupun yang besar...teramat luas dan mendalam sekali mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh para peserta..demi untuk membentuk kembali generasi Islam yang utuh dan bersatu untuk merubah dunia..."melentur buluh itu..biarlah daripada rebungnya"...



calon-calon ustazah pilihan musim pertama...


mudirah dan mursyidah ustazah pilihan..DR.RUBIAH K.HAMZAH (baju merah)
PROF.DR MUHAYA MUHAMMAD (baju biru)
dan USTAZAH ZAWIYAH HASSAN (baju pink) serta pengacaranya
SITI ROHANI SURANI (baju kuning)


finalis Ustazah Pilihan musim pertama...dan tahniah buat UP Firuz yang telah menjadi juara..


barisan peserta program solehah di astro tv Alhijrah ch114..

kumpulan khadeejah

kumpulan aishah

dan tahniah buat para pemenang...

Dengan harapan yang tinggi menggunung...setinggi Gunung Kinabalu negeriku di Bawah Bayu...sama-samalah memartabatkan Ad-Diin kecintaan kita ini...semoga program-program dakwah kerohanian seperti ini akan lebih giat dijalankan dan semoga dapat keberkatan dari Allah SWT...dan semoga obor panji Islam akan semakin marak dan membara di hati setiap yang bergelar khalifah di bumi Tuhan ini...

A019
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (A-li'Imraan 3:19)

nyam3x....SEDAPNYAA~!!

Keheningan petang hari amat menyentuh jiwa...bertemankan segelas teh susu...aku duduk di atas sofa...melihat peti televisyen yang sedari pagi lagi bersuara...duduk....minum...dan...aku menjamah sebiji tart kelapa...hmm...sedap~!!memang sedap~!!

Sambil makan sambil aku terus merenung tart itu...seakan terasa sesuatu yang mengajakku untuk mencuba resepi ini..bagaimanalah agaknya yaa..??kata orang...''tak kenal maka tak cinta''..so, aku pun menerjah google mencari resepi tart kelapa ini...al-maklumlah..kepesatan teknologi sekarang ni memudahkan kita untuk mencari apa jua maklumat...yalah, bak kata mat salleh...''everything is in your hand''...cewah..kata orang melayu plak...''segalanya di hujung jari anda''...wah...bayangkanlah pesat tak pesatnya dunia sekarang...walaubagaimanapun, gunakanlah segala kebaikan dan kepentingan teknologi ni dengan jalan yang betul...bukan sebaliknya...

Natijah dari penerjahan yang dilakukan sebentar tadi, Alhamdulillah...aku berhasil menemukan resepi untuk membuat tart...dan teramat teruja untuk sama-sama berkongsi...jom kita try buat...!!

::BAHAN-BAHAN MEMBUAT DOH::
  • 800gm tepung gandum
  • 500gm mentega
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
::BAHAN-BAHAN UNTUK FILLING @ INTI::
  • 125gm mentega
  • 300ml susu
  • 80gm gula
  • 90gm kelapa kering
  • 5 biji telur
::cara menyediakan doh::

pukul mentega dan gula sampai hampir-hampir gebu..
masukkan telur dan kacau hingga sebati..
kemudian, masukkan tepung dan gaulkan lagi sehingga sebati..
terapkan mengikut ketebalan anda sendiri, tapi jangan tebal sangat nanti tak ranggup tak sedap..
dan, masukkan kedalam acuan tart dan cucuk adunan menggunakan garfu supaya doh tak menggelembung..
untuk kulit tart yang ranggup, masukkan adunan doh kedalam peti sejuk sebentar arround 10-15 minit..


::cara menyediakan filling @ inti::

gaulkan semua bahan sehingga sebati..kemudian masukkan ke dalam kulit doh tadi..
kemudian bakar dalam ketuhar selama 25-30 minit sehingga tart kelihatan sedikit keperang-perangan..
and last, tart anda bolehlah dihias mengikut kreativiti masing-masing...



sekian...SELAMAT MENCUBA....~!! pasti "nyam3x...sedapnyaaa"...


Tuesday, December 13, 2011

Benih-benih cinta...

Cahaya lampu neon yang berbaris di sepanjang jalan menyerikan lagi suasana malam di bandar Kota Kinabalu...berkelip-kelip cahaya colourlite yang berjuntaian di badan-badan bangunan...menggamit anak mata untuk menoleh kiri dan kanan...Oh~! indahnya tanah tumpah darahku ini...Subhanallah.......

Keluar dengan family hanya sekadar membeli sedikit keperluan...sempat singgah di kedai buku...rak demi rak di singgahi...terhenti di sebuah rak bahagian buku-buku ilmiah islam...tertarik hati untuk merembat 1 2 buku...disebabkan kecintaan dalam diri terhadap buku-buku mula bercambah di hati...akhirnyaa...................


bermacam-macam doa dalam ni...best~!!

yang ni pun best...banyak rupanya jenis solat-solat sunat...


yang ni beli di wisma muis haritu..kitab feqah islam
semoga sentiasa berada dalam landasan iman..

yang ni pun beli di wisma muis..sebagai persediaan diri 
dan bacaan tambahan..


Semuanya hanya sebagai bacaan tambahan lantaran diri masih bergelar mahasiswi...namun tidaklah ilmu itu sesekali terbatas pada buku kuliah sahaja...pengetahuan am sebagai sampingan dan persediaan menghadapi dunia luar yang sangat sarat dengan persoalan yang sungguh open ataupun kata lainnya soalan yang up to date...



Semoga pasu harapan yang berbibitkan benih-benih cinta ini sentiasa disirami dengan hujan keminatan yang bisa mengeluarkan akar-akar pengetahuan yang kuat dan kukuh dalam hati...

Dan akan ku semai CINTA ini selamanya...................






Monday, December 12, 2011

::andai DIA bisa bicara::



DIA...Al-Quran itu....
Tinggi, suci, terpelihara....
Sanjungan para Anbia, Kalam Yang MAHA PENCIPTA....
Kerna itu Mukjizat yang mulia buat KekasihNya....
Amanah buat seluruh makhlukNya....
Agar tersuluh lorong-lorong gelap....
Agar menjadi penenang kegundahan tatkala jiwa kelam....


DIA...Al-Quran itu....
Yang dahulunya ditentangi dengan penuh kekerasan...
Oleh golongan-golongan yang buta hatinya....
Namun...Al-Quran itu dipertahankan....
Kesuciannya tak pernah dinodai....
Kebenarannya terbukti.....
Dan pasti....


DIA...Al-Quran itu....
Yang dahulunya menjadi nyanyian merdu, syahdu....
Terngiang-ngiang di telinga....
Menjadi novel kisah cinta yang Agung....
Tak pernah jemu menjadi bacaan....
Berlinangan, bercucuran airmata mengenanginya....
Dengan sepenuh jiwa memahami maksud yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya....
Walaupun terkadang masih ada yang tak tercapai dek akal manusia....
Sungguh~!! A l-Quran itu menyentuh pencintanya....





Namun kini....
DIA...Al-Quran itu....
Tersusun indah dia atas para....
Berdebu, usang, bersendirian....
Al-Quran itu kesunyian....
Namun DIA Al-Quran itu tetap bersabar...
Menanti...dan terus menanti....
Dipendamkan rindu pada pencintanya....
Suara dan tangisan pembacanya yang sekian lama menghilang....
Bermonolog sendiri tanpa teman....
DIA Al-Quran itu sungguh amat merindui mereka....
Andai sahaja Al-Quran itu bisa berkata-kata....
Nescaya dia akan meluahkan rindunya itu....
Namun..Al-Quran itu hanya pasrah dan tunduk pada PENCIPTANYA....
Sementara terus berharap agar si pencinta itu datang kembali menemaninya seperti DULU.....


Saturday, December 10, 2011

ITULAH SYURGA BUAT 'HAWA'~!!

:عن ابى هريرة رضي الله عنه قال:  اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ   

اِذَا صَلَّتِ الْمِرَأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا
وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَاطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيْلَ لَهَا
أُدْ خُلِى الْجَنَّةَ مِنْ اَيِّ اَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: ''Apabila wanita mendirikn solatnya yang lima, berpuasa pada bulan ramadhannya, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka katakanlah padanya, ''masuklah mana-mana dari pintu-pintu syurga itu semahumu"...

Dalam wasiat yang agung ini, Nabi SAW menjelaskan di antara sebab-sebab yang boleh menghantarnya ke syurga..antaranya::
  • SOLAT FARDHU LIMA WAKTU
  • PUASA DI BULAN RAMADHAN
  • KESUCIAN MENJAGA KEMALUAN, dan
  • TAAT KEPADA SUAMI DALAM SEGALA HAL selagi tidak menentang perintah ALLAH SWT    

Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan solat kepada seluruh hambaNYA..dan kita akui bahawa solat itu tiang agama..bagi yang mengerjakannya maka dia telah mengukuhkan agamanya...namun bagi yang meninggalkannya maka dialah yang telah meruntuhkan agamanya...


Allah SWT juga mengingatkan kita agar tidak menyia-nyiakan solat..juga turut diriwayatkan dari Ibnu Abbas R.A, bahawa perkataan 'sia-sia' itu bukanlah membawa maksud meninggalkan secara total, ianya bermaksud melambat-lambatkan waktunya...


malahan Allah juga memperingatkan kepada hamba-hambanya agar tidak lalai dan terbuai dengan urusan-urusan dunia sehingga mengabaikan hakNYA,sepertimana firmannya:

 A009
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi(Al-Munaafiquun 63:9

Seterusnya puasa pada bulan ramadhan..Allah SWT juga telah menentukan kewajiban keatas hamba-hambanya untuk berpuasa sebulan penuh pada bulan ramadhan..tetapi bagi wanita umumnya telah digariskan oleh Allah SWT sejak azalinya lagi bahawa wanita ada halangannya...maka gugurlah kewajiban itu keatasnya...

Dan sebab terakhir yang mengangkat wanita ke syurga dengan tersenyum ialah apabila dia taat akan suaminya...serta memelihara kemaluannya...mempunyai rasa malu...dan meghijab diri sesempurnanya...akhlak yang baik akan menjadi sendi dan mendasarkan kehidupan kepada keharmonian berintikan kebahagiaan dunia serta akhirat...insyaallah...




maka wahai wanita muslimah kebanggaanku,
selagimana kita berpegang kepada wasiat yang amat benilai bagaikan permata di lautan biru ini, maka Insyaallah kita lah jua yang akan menjadi calon-calon yang akan berada di barisan ini...mohonlah redha Allah atas segala perbuatan..maka jika Allah redha bererti DIA mencintai kita...

amin yaa rabb.....