Photobucket

Friday, December 16, 2011

nyam3x....SEDAPNYAA~!!

Keheningan petang hari amat menyentuh jiwa...bertemankan segelas teh susu...aku duduk di atas sofa...melihat peti televisyen yang sedari pagi lagi bersuara...duduk....minum...dan...aku menjamah sebiji tart kelapa...hmm...sedap~!!memang sedap~!!

Sambil makan sambil aku terus merenung tart itu...seakan terasa sesuatu yang mengajakku untuk mencuba resepi ini..bagaimanalah agaknya yaa..??kata orang...''tak kenal maka tak cinta''..so, aku pun menerjah google mencari resepi tart kelapa ini...al-maklumlah..kepesatan teknologi sekarang ni memudahkan kita untuk mencari apa jua maklumat...yalah, bak kata mat salleh...''everything is in your hand''...cewah..kata orang melayu plak...''segalanya di hujung jari anda''...wah...bayangkanlah pesat tak pesatnya dunia sekarang...walaubagaimanapun, gunakanlah segala kebaikan dan kepentingan teknologi ni dengan jalan yang betul...bukan sebaliknya...

Natijah dari penerjahan yang dilakukan sebentar tadi, Alhamdulillah...aku berhasil menemukan resepi untuk membuat tart...dan teramat teruja untuk sama-sama berkongsi...jom kita try buat...!!

::BAHAN-BAHAN MEMBUAT DOH::
  • 800gm tepung gandum
  • 500gm mentega
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
::BAHAN-BAHAN UNTUK FILLING @ INTI::
  • 125gm mentega
  • 300ml susu
  • 80gm gula
  • 90gm kelapa kering
  • 5 biji telur
::cara menyediakan doh::

pukul mentega dan gula sampai hampir-hampir gebu..
masukkan telur dan kacau hingga sebati..
kemudian, masukkan tepung dan gaulkan lagi sehingga sebati..
terapkan mengikut ketebalan anda sendiri, tapi jangan tebal sangat nanti tak ranggup tak sedap..
dan, masukkan kedalam acuan tart dan cucuk adunan menggunakan garfu supaya doh tak menggelembung..
untuk kulit tart yang ranggup, masukkan adunan doh kedalam peti sejuk sebentar arround 10-15 minit..


::cara menyediakan filling @ inti::

gaulkan semua bahan sehingga sebati..kemudian masukkan ke dalam kulit doh tadi..
kemudian bakar dalam ketuhar selama 25-30 minit sehingga tart kelihatan sedikit keperang-perangan..
and last, tart anda bolehlah dihias mengikut kreativiti masing-masing...



sekian...SELAMAT MENCUBA....~!! pasti "nyam3x...sedapnyaaa"...


No comments:

Post a Comment