Photobucket

Saturday, December 10, 2011

ITULAH SYURGA BUAT 'HAWA'~!!

:عن ابى هريرة رضي الله عنه قال:  اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ   

اِذَا صَلَّتِ الْمِرَأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا
وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَاطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيْلَ لَهَا
أُدْ خُلِى الْجَنَّةَ مِنْ اَيِّ اَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: ''Apabila wanita mendirikn solatnya yang lima, berpuasa pada bulan ramadhannya, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka katakanlah padanya, ''masuklah mana-mana dari pintu-pintu syurga itu semahumu"...

Dalam wasiat yang agung ini, Nabi SAW menjelaskan di antara sebab-sebab yang boleh menghantarnya ke syurga..antaranya::
  • SOLAT FARDHU LIMA WAKTU
  • PUASA DI BULAN RAMADHAN
  • KESUCIAN MENJAGA KEMALUAN, dan
  • TAAT KEPADA SUAMI DALAM SEGALA HAL selagi tidak menentang perintah ALLAH SWT    

Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan solat kepada seluruh hambaNYA..dan kita akui bahawa solat itu tiang agama..bagi yang mengerjakannya maka dia telah mengukuhkan agamanya...namun bagi yang meninggalkannya maka dialah yang telah meruntuhkan agamanya...


Allah SWT juga mengingatkan kita agar tidak menyia-nyiakan solat..juga turut diriwayatkan dari Ibnu Abbas R.A, bahawa perkataan 'sia-sia' itu bukanlah membawa maksud meninggalkan secara total, ianya bermaksud melambat-lambatkan waktunya...


malahan Allah juga memperingatkan kepada hamba-hambanya agar tidak lalai dan terbuai dengan urusan-urusan dunia sehingga mengabaikan hakNYA,sepertimana firmannya:

 A009
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi(Al-Munaafiquun 63:9

Seterusnya puasa pada bulan ramadhan..Allah SWT juga telah menentukan kewajiban keatas hamba-hambanya untuk berpuasa sebulan penuh pada bulan ramadhan..tetapi bagi wanita umumnya telah digariskan oleh Allah SWT sejak azalinya lagi bahawa wanita ada halangannya...maka gugurlah kewajiban itu keatasnya...

Dan sebab terakhir yang mengangkat wanita ke syurga dengan tersenyum ialah apabila dia taat akan suaminya...serta memelihara kemaluannya...mempunyai rasa malu...dan meghijab diri sesempurnanya...akhlak yang baik akan menjadi sendi dan mendasarkan kehidupan kepada keharmonian berintikan kebahagiaan dunia serta akhirat...insyaallah...




maka wahai wanita muslimah kebanggaanku,
selagimana kita berpegang kepada wasiat yang amat benilai bagaikan permata di lautan biru ini, maka Insyaallah kita lah jua yang akan menjadi calon-calon yang akan berada di barisan ini...mohonlah redha Allah atas segala perbuatan..maka jika Allah redha bererti DIA mencintai kita...

amin yaa rabb.....



No comments:

Post a Comment