Photobucket

Wednesday, June 22, 2011

..Learn from mistake...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

قال الله تعالى:" لا يكلف نفسا الا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت"
((surah AL-BAQARAH:286))
maksudnya.."Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..Ia mendapat pahala (kebaikan) atas apa yang dikerjakannya..dan juga akan mendapat siksa (kejahatan) daripada apa yang dilakukannya.."

Manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan..?? namun kesilapan ada baiknya..juga ada buruknya...Alhamdulillah bersyukurlah padaNya..keranan masih dikurniakan peluang untuk menebus segala kesilapan..segala kesalahan..Dia juga masih memberi kesempatan kepada kita agar bisa memperbaiki diri..hati..dan peribadi..

Selagi masih diberi waktu..berdoalah...mohon kemaafan dari Rabb-mu..juga pada sekalian manusia..semoga mengalir segala kebaikan dalam diri..terhapus segala kegelapan dalam hati..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ربنا لا تؤاخذنا ان نسينا او اخطانا ربنا ولا تحمل علينا اصرا كماحملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به واعف عنا واغفرلنا وارحمنا انت مولنا فانصرنا على القوم الكافرين
mafhumnya:"..ya Allah ya tuhan kami..janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah..ya Tuhan kami..janganlah Engkau bebankan kami kepada beban yang berat..sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kami..Ya Tuhan kami..janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak sanggup untuk memikulnya..maafkanlah kami ya Allah..ampunilah kami..dan rahmatilah kami..Engkaulah penolong kami..maka bantulah kami daripada orang-orang kafir.."

..لا تحزن ان الله معنا..
"Janganlah kamu bersedih..sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kamu"

..JANGAN BERSEDIH JIKA TERASA TERSISIH...
    ..TAPI BERSEDIHLAH JIKA ALLAH MENYISIHKANMU...
      ..JANGAN MENANGIS BILA ADA YANG MENEGURMU...
        ..TAPI MENANGISLAH BILA SUDAH TIADA YANG INGIN MENEGURMU...


^^Adakalanya kita perlu menangis..agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa..dan adakalanya kita perlu ketawa..agar kita tahu mahalnya nilai airmata..berterima kasih pada orang yang menyakitimu..kerana dialah yang menabahkanmu..berterima kasih pada orang yang tidak mengendahkanmu..kerana dialah yang orang yang memperhebatkan kemampuanmu..dan berterima kasihlah pada orang yang menyiksamu..kerana dialah yang menguji kesabaran dan ketabahan kamu^^




Tuesday, June 21, 2011

..SYUKUR...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Pagi yang indah..angin yang segar..udara yang nyaman..petang yang damai..malam yang hening..sepi..dari mana datangnya...??bagaimana penciptaannya..??ada stesen kawalan kah..??








سورة البقرة
Ayat 164

بسم الله الرحمن الرحيم



maksudnya:''sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,pergantian malam dan siang,kapal yang belayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia,apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air,lalu dengan itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering),dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh! merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti''

sebagai seorang khalifah di bumi Allah swt ni..adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk tunduk dan mensyukuri segala pemberianNya..hidup yang bahagia..badan yang sehat..minda yang cergas..otak yang cerdas..

Rasulullah S.A.W pernah berkata.."2 perkara yang selalu dan tidak pernah dihargai oleh manusia melainkan setelah Allah menarik nikmat itu semula..yaitu:
(1) NIKMAT SIHAT
(2)NIKMAT MASA

Sehingga pada suatu hari..ketika Baginda Rasulullah SAW bertemu dengan MAAZ BIN JABAL lalu Baginda berkata.."wahai Maaz..Aku cinta padamu..oleh itu Aku ingin mengajarkanmu 1 amalan yang istimewa..jangan sesekali kau tinggalkan doa ini didalam solatmu..

"اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك"
 
mafhumnya:"ya Allah ya Tuhanku..tolonglah aku untuk sentiasa mengingatiMU..agar aku sentiasa mensyukuri segala nikmatMU..dan sempurnakanlah ya allah segala ibadahku"

MASYAALLAH...indah sungguh hidup dalam rahmat dan nikmat..terasa hidup amat bermakna..sentiasa dalam cinta dan maghfirah..

 sebagai hamba kerdil ini andainya kita berkata kepada Rabb..

"ما اصبح بي من نعمتك فما منك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر"

jika dibaca sekali sehari..samalah ganjarannya umpana kamu telah bersyukur selama sehari penuh itu...

dan jika dibaca pada waktu malam..pahala kesyukuran kamu ibarat bersyukur sepanjang malam...
SUBHANALLAH..WALHAMDULILLAH..WA LAILAHA ILLALLAH..ALLAHU AKBAR..

Allah S.W.T berfirman lagi..

"فاذكروني اذكرم واشكرولي ولا تكفرون"

"dan ingatilah Aku (Allah) nescaya Aku akan ingat padamu..dan bersyukurlah padaKU..dan janganlah kamu  
ingkar padaku"

pandanglah dengan mata..lihatlah dengan hati..nilailah dengan akal fikiran...renunglah segalanya..dan fikirkan..

"قال الله تعالى: "فباي آلاء ربكما تكذبان 

"maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan??"

Friday, June 17, 2011

...WHAT SHOULD I DO AS A STUDENT??...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah masih bernafas kita hari ini..saat ini..dan ketika ini….
1st of all..sempena minggu imtihan ni saya nak amik kesempatan tuk wish kawan2 semua SEMOGA NAJAH DALAM IMTIHAN..DAN SEMOGA SETIAP PERJUANGAN DIIRINGI DENGAN KEREDHAAN…do the best yaa…^_^..




Hmm..time2 maw exam ni la macam2 dugaan kan..?? tak dapat dinafikan...time ni la nak main game..nak tengok wayang..nak jalan2 dan yang paling top sekali ialah T.I.D.U.R..hehe..macam2 ada~!!apa pun itu la yang di namakan dugaan..sejauh mana kekuatan kita untuk mengatasi kemalasan dalam diri..sebenarnya bersaing dengan diri sendiri adalah lebih sukar berbanding bersaing dengan yang lain…hebat lah kita ni kan??hmm..mudah2an…

Sesungguhnya..”INNAMAL A’MALU BINNIAT”…setiap apa yang hendak kita lakukan tu biarlah berserta dengan niat..sebagai seorang pelajar..mahasiswa..mahasiswi..dan sebagainya..kita perlu tahu siapa kita..dan takat mana kemampuan kita..of course  la masing2 tahu kan..so..kita tahu di mana letaknya diri kita..macam yang selalu di dengar..im what im(aku adalah aku)..kononnya..hehe..dan kita juga tahu apa kelebihan dan kelemahan yang kita ada..apa keistimewaan bagi diri kita..rajin2lah berdoa ya..rajin bagun solat malam.banyakkan zikir..sesungguhnya orang yang berzikir itu akan terpancar dari mulutnya cahaya yang bersinar..mudah2an dari itu akan melimpah rahmat dan keberkatan Allah pada kita..dan semoga hati sentiasa bersih..ilmu pun senang diterima..


Bagi yang memerlukan ingatan yang kuat..hafalan yang banyak..otak dan minda mesti cergas..rajin2 lah bersenam..(peringatan buat diriku).jaga pemakanan..kerana dari pemakanan seharian kitalah yang akan menjana perkembangan otak kita..seperti yang kita tahu..kismis,madu,dll antara makanan yang basicly kita maklum dapat membantu menguatkan minda..

Antara ransangan minda yang terbaik juga adalah memakai sedikit wangian yang mengundang keselesaan pada deria hidu kita..dan memakai wangi2an ini juga adalah disunnat kan dalam solat agar lebih khusyuk kerana minda dan fikiran berada dalam kondisi yang aman dan tenang..tak percaya??try it by yourself…^_^

Orang yang hebat adalah orang yang sebelum tidurnya memuhasabahkan diri..dan membiarkan otak dalam fikiran yang positif..cubalah biasakan membayangi detik2 ini sebelum tidur anda:

1.    Lulus dalam peperiksaan dan menjadi pelajar cemerlang…
2.. Ingat wajah2 kesayangan..ibu,ayah,dan yang sewaktu dengannya…
3. Cita2 telah tercapai…
4. .Anda sudah menjadi orang yang terkenal di mata dunia...
5.  Bayangkan masa depan yang cerah dan indah..

Apa yang baik semuanya datangnya dari Allah atas usaha kita sendiri..mudah2an apa yang diusahakan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt..apapun jangan pernah mengalah..jangan sesekali putus asa..kuatkan semangat..maju ke depan..gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..hanya sebagai peringatan 


Firman Allah swt..:’’FAIZA A’ZAMTU FATAWAKKAL A’LALLAH..INNALLAHA YUHIBBUL MUTAWAKKILIN’’..((sekiranya kamu berazam maka bertawakallah
kepada Allah..sesungguhnya Allah menyukai mereka2 yang suka bertawakkal))





Salam imtihan untuk semua..(^_^)..bittaufiq wannajah..















Sunday, June 12, 2011

..Nukilan hati HAWA..

Wahai adam…
Hawa ini lembut hatinya..
Kekalkanlah kelembutannya dengan kehalusan bicara..
Jadikan hatinya selembut sutera..secantik mutiara..



Wahai adam…

Hawa ini lemah imannya..
Binakan tembok zikrullah didalamnya..
Agar bisa teguh dan kukuh  selamanya..







Wahai adam…
Hawa ini nipis akalnya..
Senipis helaian rambutnya..
Tebalkanlah ia dengan ma’rifatullah ta’ala..


Wahai adam…
Hawa ini tidak berdaya..
Pimpinlah dia genggamlah tangannya..
Bawa dia menuju Rabb-nya..


Ketahuilah adam..
Si hawa sedang meronta mencari mahligainya..
Suluhkan jalannya dengan Nur iman..
Bentangkan dia permaidani Taqwa..
Sebagai alas jejaknya ke destinasi Redha..
Agar dia bisa mengecapi bahagia..
Bersama denganmu hingga ke syurga..




Saturday, June 11, 2011

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillahirabbil alamin..bertemu lagi kita di helaian baru di halaman INSPIRASI SANUBARI ni..kali ini teringin rasa hati untuk berkongsi sedikit keistimewaan yang tercipta khusus buat yang bergelar WANITA..

WANITA..satu nama yang indah..darinya kita bisa menghidu bau dunia dan darinya juga lah kita bisa menghuni syurga Allah..betapa mulianya,betapa istimewanya anugerah seorang wanita..

Sahabat sekalian..
Nabi kita Muhammad S.A.W selalu berpesan kepada anaknya siti Fatimah bahawa dialah wanita pertama yang akan masuk kedalam syurga Allah..dan dialah ratu didalamnya..namun pada suatu hari,Rasul s.a.w berkata kepada putrinya itu yang mana di hujung kota madinah ada seorang wanita yang akan masuk ke dalam syurga terlebih dahulu sebelumnya..maka Fatimah merasa tercabar dan tidak berpuas hati dengan apa yang di sampaikan oleh ayahnya itu..

Lalu Fatimah bertekad untuk pergi menemui wanita yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W itu..setibanya Fatimah di rumah wanita itu,dia memberi salam namun wanita itu tidak memberikan Fatimah masuk kedalam rumahnya..kerana dia tidak meminta izin kepada suaminya untuk membenarkan sesiapa masuk kerumah…tapi kalau kita sekarang ni,izin x izin kot kan..hmm3x…lalu keesokan harinya,Fatimah bertandang lagi kerumah wanita tersebut tapi kali ini terdetik hatinya untuk membawa anaknya Hassan dan Hussin..

Sekali lagi Fatimah kecundang untuk masuk bertemu wanita itu kerana wanita itu hanya meminta dari suaminya untuk mengizinkan hanya Fatimah yang masuk kedalam..tanpa meminta untuk anak2 nya…wanita itu sekali lagi meminta maaf kepada Fatimah dan berjanji akan membenarkan Fatimah masuk setelah memberitahu kepada suaminya dan dia meminta Fatimah untuk datang ke rumahnya esok..Seperti yang dijanjikan,Fatimah datang keesokan nya dan kali ini dia bersyukur kerana setelah beberapa kali gagal untuk menemui wanita ini akhirnya dia berhasil menjejakkan kaki ke mahligai wanita yang dikatakan mulia oleh Ayahnya..

Sepanjang berada dirumah itu,Fatimah memerhati setiap gerak gerinya..kerna rasa ingin tahu apa yang membuatkannya masuk ke syurga dulu darinya..setelah hari menjelang petang,ketika mereka masih asyik bercerita,tiba2 wanita itu meminta izin kepada sayyidatina Fatimah untuk masuk kedalam biliknya..tak lama lepas tu,dia keluar dengan berpakaian indah,berhias cantik,rambut yang disikat rapi,sambil bergegas pergi ke dapur menyediakan makanan,minuman dan sebuah tongkat lalu meletakkan kesemuanya di tepi pintu rumah..Fatimah hairan lantas bertanya``kenapa engkau berkelakuan sedemikian?”lau wania itu menjawab..``sebentar lagi suami saya akan balik..saya sediakan air sekiranya dia haus,dan boleh terus minum..makanan sekiranya dia lapar,boleh terus menjamahnya..dan tongkat ini seandainya setiap apa yang saya lakukan tidak memuaskan hatinya atau ada kekurangan,saya sedia untuk dipukul..dan saya berhias agar bila dia balik dia berhajat kepada saya,maka saya sudah bersedia untuknya..”

Selepas mendengar kata2 wanita itu,Fatimah terharu dan mengakui di dalam hati bahawa tidak salahlah apa yang telah dikatakan oleh ayahnya itu..layaklah wanita itu untuk menghuni syurga Allah S.W.T kerana ketaatan dan kepatuhan hanya pada seorang suami..hmm…itu baru dengan suami kan?apa lagi hubungan dan ketaatan pada Khalik??sama2lah kita renungkan..



Sahabat sekalian..Rasululullah S.A.W mengatakan didalam hadisnya yang berbunyi..:


اذا صلت المراة خمسها وحفظت فرجها واطاعت زوجها قيل لها  ادخلي من اي الباب من ابواب 
الجنة شئت

Mafhumnya:(( jika seorang wanita itu solat lima waktu,menjaga kemaluannya,dan mentaati suaminya,maka katakanlah padanya:masuklah mana2 pintu dari pintu2 syurga semahumu..))



     Nak hadis lagi tak??(^_^)..boleh2…
Sabda rasulullah S.A.W:


خير النساء امراة اذا نظرة اليها فرجك وان امرتها اطاعتك وان غبت حفظتك في مالك ونفسها

Maksudnya:((wanita yang baik itu,apabila melihatnya dia akan membahagiakan, apabila diarah akan mentaati perintah,dan apabila ketiadaan (suami) akan menjaga harta dan dirinya))

So,tunggu apa lagi??mari kita contohi akhlak2 wanita terdahulu..perbaiki segala kesilapan..jadikan peribadi sebagai cermin kepada masyarakat..menjadi wanita hiasan dunia ini bukan mudah..tapi juga tidak sukar untuk di kecapi..contohi yang baik..hindari yang sebaliknya..sentiasalah kita nasihat menasihati ke arah kebaikan..semoga dengan itu dapat lah apa yang kita hajati..

Tapi harus kita tahu..disebalik kelebihan wanita ini..dialah juga yang banyak menghuni neraka Allah...kenapa??insyallah akan saya ceritakan di lain hari..stay tuned~!!!(^_^)




Thursday, June 9, 2011

...0N exam mood...

                                         بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillahi robbil a'lamin..syukur di panjatkan kepada sang maha pencipta..kerna kita masih di beri peluang untuk bernafas di dunia fana ini...Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Untuk permulaan ini..saya si 'budak' yang baru belajar..yang berkeinginan untuk 'berkarya' walau diri tak mampu untuk berpujangga...apapun "i'll try"(^_^)...bulan 6 & 7 ni,saya dan kengkawan dalam fatrah exam..so,mintak restu dan doa dari anda2 yang mengenali sahabat sahabiah yang tengah & sedang berjuang di 'perkampungan ilmu' ni...mudah2an doa kalian dapatlah sedikit sebanyak menjadi sampingan dan dorongan kepada kami...Insyaallah...

Dalam fatrah imtihan ni..sama2 lah kita panjatkan berbanyak2 doa dan munajat kepada Allah SWT..semoga apa yang dituntut,yang dipelajari,yang difahami mendapat redha dan rahmat dariNYA..seperti seruan yang sering berkumandang.... "حي على الفلاح"(marilah menuju kejayaan)..

Di kesempatan ini..saya ingin berkongsi sedikit doa sempena imtihan ni..semoga menjadi amalan bersama dan semoga berguna untuk semua...



1.DOA MUDAH MENGINGAT PELAJARAN:

        2.DOA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN:

                                                        اللهم اني اسالك  فهم النبيين وحفظ المرسلين 
                                                  والهام الملائكة المقربين في عافية يا ارحمن الراحمين   
                                                      اللهم اجعل لساني عامرة بذكرك وقلوبي بخشيتك
                                                            واسررني بطاعتك انك علي كل شئ قدير
     
        3.DOA SELEPAS MENGULANGKAJI PELAJARAN:
                                                        
                                                             اللهم اني استودعتك ما قرات وما حفظت
                                                     فرده الي عند حاجتي اليه ولا تنسنيه يا رب العالمين

        4.DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN:

                                                اللهم افتح علي حكمك بمفاتح برحمتك يا ارحمن الراحمين

Doa ni (yang ke4) ustazah HAFIZAH AG.BASIR yang bagi dulu masa masih menuntut di toh puan hajjah rahmah lagi..semoga dapat dijadikan manfaat dan amalan bersama..mohon restu dan doa juga dari mu'allim dan mu'allimat yang pernah menabur bakti dan mencurah ilmu kepada kami...semoga apa yang telah diberi dapat menjadi 'pelita di kala gelita'...Insyallahu taala...

Akhir kalam..semoga perkongsian yang sedikit ini dapatlah kita manfaatkan dan bersama2 menyemarakkan semangat juang sebagai mujahid dan mujahidah di bumi suci ini...

At last...sebelum mengakhiri ruangan ini..saya ingin hadiahkan sebuah pantun buat santapan jiwa...(^_^)....
                        "burung merpati terbangnya rendah,
                                  hinggap sebentar di atas para,
                                  'FI SABILILLAH' ungkapannya indah;
                                  mekarkan dan suburkan di dalam jiwa"


                                      

Saturday, June 4, 2011

~JaGa D!R!...H!aS! PeR!baD!...!nDaH! AKhLaKuL InSaN!~

Sahabat Hikmah…
Ada seorang sahabat yang menemui seorang pemimpin yang alim, kaya dan sholeh.
Dia orang yang sangat sopan, terkenal menghargai setiap orang dan mempunyai pribadi yang sangat menyenangkan.
Ketika ditanya oleh sahabat tersebut apa TIPS agar dia mempunyai pribadi yang MENYENANGKAN, RENDAH HATI dan DISENANGI banyak orang, pemimpin yang sholeh itu menjawab:

” Saudara , saya SELALU mengHARGAi SETIAP ORANG, siapapun dia, dan saya SELALU mengHARGAi setiap KESEMPATAN”

  • "Jika saya berjumpa dengan ANAK-ANAK, saya menganggap anak-kanak itu LEBIH MULIA daripada saya, karena anak-kanak ini BELUM BANYAK melakukan DOSA daripada saya.”
  • ” Apabila saya bertemu dengan ORANG TUA, saya menganggap dia LEBIH MULIA  daripada saya karena dia sudah LEBIH LAMA  berIBADAH."
  • ”Jika saya berjumpa dengan ORANG ALIM, saya menganggap dia LEBIH MULIA daripada saya karena BANYAK ILMU yang telah mereka pelajari dan ketahui."
  • "Apabila saya berjumpa dengan RAKYATku, saya menganggap dia LEBIH MULIA daripada saya karena dia tidak akan DIMINTA PERTANGGUNG JAWABAN seberat saya, dan mungkin di mata Allah dia LEBIH MULIA karena lebih berTAKWA."
  • ”Apabila saya melihat ORANG JAHIL (BODOH), saya menganggap mereka LEBIH MULIA daripada saya karena mereka membuat DOSA dalam keJAHILan, sedangkan saya membuat DOSA dalam keadaan MENGETAHUI."
  • ”Jika saya melihat ORANG JAHAT, saya TIDAK menganggap kita LEBIH MULIA karena mungkin satu hari nanti dia akan INSAF dan BERTAUBAT atas kesalahannya sehingga dia DICINTAI oleh Allah."
  • ”Apabila saya bertemu dengan ORANG KAFIR, saya mengatkan didalam hati bahwa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan DIBERI HIDAYAH oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan DIAMPUNI oleh Allah.”
 Dan...
kerana sesungguhnya kita TIDAK TAHU apakah AKHIR HIDUP kita lebih LEBIH MULIA atau LEBIH HINA dari mereka.

Karena sesungguhnya kita TIDAK TAHU apakah kita akan mendapat AMPUNAN dan RAHMAT dari Allah sehingga nantinya menjadi penghuni SURGA, atau sebaliknya kita pada akhirnya TERPEROSOK  dalam DOSA di AKHIR HIDUP kita sehingga akhirnya masuk ke dalam NERAKA dan mereka SEBALIKNYA.

Karena KEMULIAAN yang sesungguhnya adalah bila dia selamat dari NERAKA dan dimasukkan oleh Allah ke dalam SURGA.

 Karena KEHIDUPAN DUNIA adalah FATAMORGANA yang MENIPU, dan  hanya Allah yang mengetaui KEMULIAAN seseorang."

Dan karena sesungguhnya Rasulullah shalallaahu ’alaihi wa sallam telah bersabda  (dari Abu Abdurahman Abdullah ibn Mas'ud ra) :

”Sesungguhnya seseorang di antara kamu dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. Kemudian 40 hari menjadi segumpal darah, kemudian 40 menjadi sepotong daging.

Kemudian diutuslah seorang Malaikat untuk MENIUPKAN ROH kepadanya dan diperintah dengan 4 (macam) perintah, yaitu meNULISkan REZEKInya, AJALnya, AMALnya, dan CELAKAnya atau BAHAGIAnya.

Demi Dzat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang diantara kamu melakukan AMAL AHLI SURGA hingga tiada jarak antara dirinya dengan SURGA, melainkan hanya SEJENGKAL saja, Lalu dia didahului oleh CATATAN TAKDIRnya dan beramal dengan AMAL AHLI NERAKA, maka masuklah dia ke NERAKA.

Dan (ada pula) seseorang diantara kamu melakukan AMAL AHLI NERAKA hingga tiada jarak antara dirinya dengan NERAKA, melainkan hanya SEJENGKAL saja, Lalu dia didahului oleh CATATAN TAKDIRnya dan beramal dengan AMAL AHLI SURGA, maka masuklah dia ke SURGA”

(HR. Bukhari, Muslim)

Akhirnya dengan mengangguk-angguk sahabat tadi berkata : "Subahnallah dengan HIKMAH ini semoga Engkau akan selalu MEMULIAKAN orang lain dan MEMULIAKAN KESEMPATAN , sehingga akan  DIMULIAKAN oleh Allah subhanahu wa ta'la"
Pemimpin tersebut menjawab : "Amin yaa Rabbal 'aalamiin"

Wallahu a'lam bish showab
Semoga dapat mengambil HIKMAH dan mengamalkannya