Photobucket

Friday, December 16, 2011

Manfaatkan kewujudannya...

"...WANITA HIASAN DUNIA..SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..YANG AKAN MEMBAHAGIAKAN SYURGA..."


inilah antara bait-bait lagu yang sering berkumandang di corong-corong radio yang bisa membuatkan pendengarnya tersenyum dengan susunan kata bersulamkan melodi yang indah...merdu...dan syahdu....alangkah beruntungnya diri bergelar 'wanita solehah'..

Alhamdulillah...melihat pada arus kemodenan yang semakin pesat di negara tercinta ini...dengan kecanggihan teknologi yang semakin hari semakin bercambah...bangunan-bangunan yang kian  tinggi mencakar langit...gah berdiri melambangkan kemajuan...Alhamdulillah...masih ada kesedaran dalam diri masyarakat kita tanda keimanan yang masih terbuku dalam qolbu...program-program realiti yang berguna, berfaedah, bermanfaat terus menerus dan semakin rancak diwujudkan...timbul rasa bangga di hati melihatkan perubahan yang sebegini..apatah lagi di negara sendiri...yang mana sebuah negara yang membawa ikon Islam...Alhamdulillah....

Banyak program-program yang berkisarkan keagamaan telah berlangsung di kaca-kaca tv sepertinya program USTAZAH PILIHAN..dan yang masih fresh iaitu program SOLEHAH yang baru menutup tirainya pada malam tadi...amat tidak disangka-sangka, rupanya ramai diantara kita yang mempunyai bakat yang terpendam...memberi motivasi...berceramah..serta menghuraikan dan melontarkan hujah-hujah yang bernas...pepatah melayu ada mengatakan::"belakang parang juga akan tajam jika selalu di asah".. dan begitu jugalah kita...inilah antara  matlamat dan cita-cita yang besar yang ingin dicapai oleh penerbit-penerbit rancangan seperti ini...

Rancangan dakwah dan kerohanian sebeginilah yang seharusnya dimantapkan dan haruslah diberi sokongan penuh oleh semua golongan tak kira tua, muda, kecil mahupun yang besar...teramat luas dan mendalam sekali mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh para peserta..demi untuk membentuk kembali generasi Islam yang utuh dan bersatu untuk merubah dunia..."melentur buluh itu..biarlah daripada rebungnya"...



calon-calon ustazah pilihan musim pertama...


mudirah dan mursyidah ustazah pilihan..DR.RUBIAH K.HAMZAH (baju merah)
PROF.DR MUHAYA MUHAMMAD (baju biru)
dan USTAZAH ZAWIYAH HASSAN (baju pink) serta pengacaranya
SITI ROHANI SURANI (baju kuning)


finalis Ustazah Pilihan musim pertama...dan tahniah buat UP Firuz yang telah menjadi juara..


barisan peserta program solehah di astro tv Alhijrah ch114..

kumpulan khadeejah

kumpulan aishah

dan tahniah buat para pemenang...

Dengan harapan yang tinggi menggunung...setinggi Gunung Kinabalu negeriku di Bawah Bayu...sama-samalah memartabatkan Ad-Diin kecintaan kita ini...semoga program-program dakwah kerohanian seperti ini akan lebih giat dijalankan dan semoga dapat keberkatan dari Allah SWT...dan semoga obor panji Islam akan semakin marak dan membara di hati setiap yang bergelar khalifah di bumi Tuhan ini...

A019
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (A-li'Imraan 3:19)

No comments:

Post a Comment