Photobucket

Monday, July 25, 2011

Landasan Sebenar...???

Bismillahirrahmanirrahim...
Firman Allah SWT di dalam Surah An Nur ayat (51 - 52) yang bermaksud :

51. Sesungguhnya perkataan Yang diucapkan oleh orang-orang Yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang Yang beroleh kejayaan.


52. Dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan.

Adakah kita berada dilandasan yang sebenar??? 

Yaa..secara logik akal..sebuah kereta api akan sentiasa mengikut landasannya kemana juapun halatujunya ia akan mengikut landasan yang dibina..jika landasan yang dibina menuju ke Kaherah maka mustahil kereta api tersebut akan menuju ke Iskandariah.

Begitu juga kita sebagai manusia..jika kita berada di landasan yang benar serta redhai Allah SWT dengan mengikut segala perintah dan mejauhi segala laranganya berpandukan kitab (Al Quran) dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.Maka kita akan sampai ke destinasi yang dituju iaitu syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada setiap hambanya.Sabda Nabi SAW :
“Aku telah meninggalkan kepadamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”.

Begitu juga para sahabat dan sahabiah yang dirahmati oleh Allah SWT di dalam menuntut ilmu pun memerlukan landasan untuk menuju ke martabat insan yang kamil..tanpa landasan seseorang tidak akan mampu berhujjah dengan baik apatah lagi mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.Saya ingin mengajak para sahabat dan sahabiah merenung sejenak kata-kata yang telah diungkapkan oleh imam syafie’ rahimahullahu anhu :
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham akan landasan ilmu”.

Terkadang kita leka dek hasutan duniawi yang hanya menjanjikan kepura-puraan..kita hanyut dengan arus keseronokan hingga kita terlupa dan tersasar daripada landasan yang sebenar..sesungguhnya Allah swt tidak akan membiarkan hambanya yang mengatakan diri mereka beriman sehingga di datangkan ujian kepada mereka..setiap manusia tidak akan terlepas dari pandangan Allah swt..setiap kita akan menerima ujian semakin dekat kita dengan Allah swt maka semakin banyak ujian yang di datangkan.jika seorang nabi mahupun rasul yang diutuskan telah didatangkan dengan ujian yang amat berat apatah lagi kita hanya seorang manusia yang biasa???


Maka hanya dengan mengikuti jalan para solihin dan orang-orang yang beriman yang telah di tunjukkan oleh baginda Saw rahmat sekalian alam, kita akan mampu terus berada di jalan yang benar ataupun lebih tepat kita akan sentiasa berada dilandasan yang sebenar dan mendapat syurga Allah yang kekal abadi..


"Ingatkan aku jika aku terkeluar dari landasan ini,

Kejutkan aku jika aku terlena di landasan ini,

Berikan aku semangat jika aku lemah di landasan ini,

Aku, kau hanya insan yang lemah!!!

Suluh terang jalan kami yaa Allah

Dengan berkat nur Muhammad SAW"...

::By Nah@oNe::





...Istiqamah di jalan-NYA...

...بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM WBT..


Alhamdulillah..Alhamdulillah...masih bernyawa kita di dunia fana ini...syukur di panjatkan pada yang maha Esa..mohon segala keampunan darinya..untuk diri,ibu ayah,keluarga,insan tersayang,dan tak lupa kepada sahabat handai kita..sesungguhnya keampunan Allah melebihi kemurkaanya...amin ya rabb...


Di kesempatan ini ingin saja diri ini mengajak saudara saudari sekalian untuk sama2 menyucikan hati..merendahkan diri..dan bertunduk pada nikmat Allah swt..besyukur pada angin,kerana memberikan udara...bersyukur pada langit yang terbentang..bersyukur pada hujan yang memberikan ihsan air percuma tanpa sedikit bayaran..bersyukur pada tumbuhan yang memberikan segala zat dan protein untuk kecergasan badan dan mental kita...


Namun jika di fikir sejenak..dari mana wujudnya semua ciptaan agung ini??tentulah akal yang waras lagi sihat akan menjawab...''semuanya dari ALLAH''...lalu apa tanggungjawab kita sebagai hambaNya??berdoalah selalu..sujud padaNya..mohon keampunan..kesejahteraan dengan hati yang suci dan ikhlas untuk menggapai redho-Nya...insyallah...


sebagai huraian maksud I.S.T.I.Q.A.M.A.H..
(( I ))...Ijtihad..
(( S ))...Solat..
(( T ))...Tawakkal..
(( I ))...Ibadah..
(( Q ))...Quran..
(( A ))...Amal..
(( M ))...Muafakat..
(( A ))...Akal..
(( H ))...Hati..


kesemua apa yang terkandung pada perkataan ISTIQAMAH itu adalah antra perkara2 yang kita mesti lakukan secara berterusan...bukan itu sahaja malahan banyak lagi...sebagai contoh yang terdekat kita petik dari kisah arnab dan kura2...c arnab yang laju melangkah berkeyakinan besar untuk menang mengalahkan c kura2 yang hanya terkedek2 langkahnya...namun keISTIQAMAHan dan kecekalan pada diri c kura2 membuatnya berjaya dan menang akhirnya mengalahkan c arnab yang pada awalnya mengalahkan c kura2..ambillah iktibar dari kisah dongeng ini...biar sedikit amalan yang kita buat seharian...namun istiqamahlah dalam melakukannya...insyallah...besar ganjaran yang kan di perolehi kelak...


                         قال الله تعالى: لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت


semoga kita sama2 memperbaiki kelemahan diri...saya juga insan biasa..perlukan banyak petunjuk dan bimbingan...berilah teguran seandainya ada kesilapan dan kekurangan..sama2lah kita sebarkan kebaikan...insyallah Allah permudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi...

Thursday, July 14, 2011

~summer break~

Summer break??hmm..apa ya yang sebaiknya dilakukan??..exam dah habis..maka cuti yang panjang pun bermula..selalunya rutin tahunan balik tanahair..tapi tahun ni amik experience plak nak rasa cuti ramadhan dan syawal di ''ARDHUL KINANAH''..Selalunya dengar ja kawan2 cerita..best..so..nak rasa la juga..mudah2an cuti ni dapat di manfaatkan bersama..banyak sebenarnya yang boleh dibuat..amik kelas..dan sebagainya..tak bermakna dah habis exam ni maka habis la pencarian ilmu ni kan..sebaliknya Allah sediakan kita waktu yang berbaki ni untuk diisi dengan sebanyak2 amalan sampingan yang berguna untuk diri dan masyarakat..amalan apa ya???let's think about it together..and last..time exam dah selalu solat hajat kan??so..mudah2an akan sentiasa istiqamah la selepas exam ni juga..dan semogalah segala usaha,doa dan tawakkal kita akan dihitung dan di balas oleh-NYA ROBBUL A'LAMIN..insyallah...


HAPPY HOLIDAY SAHABAT SEMUA.......SEMOGA CUTI INNI LEBIH BERMAKNA......


~Allah swt berfirman::


(1)demi masa!!
(2)seseungguhnya manusia itu didalam kerugian
(3)kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh..dan nasihat menasihati kearah kebenaran..dan nasihat menasihati kepada kesabaran...