Photobucket

Wednesday, April 18, 2012

...perjalanan hari...

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

Sebesar-besar kesyukuran dipanjatkan buat sang 'khaliq'...
Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu...dan ucaplah 'Alhamdulillah' atas segala nikmat yang di rasai...

2 3 hari ni macam-macam yang berlaku kat mesir ni...2 hari lalu tanggal 16 April 2012...ada sambutan "yaum nassim" yang saya sendiri kurang jelas tentang asal usul sambutan itu...mengikut cerita yang sampai ke telinga saya sendiri..ini adalah hari di mana seluruh masyarakat arab 'non muslim' (golongan yang bukan Islam) bergembira diatas kesedihan umat Islam yang mana kononya pada hari itu ialah hari kewafatan Rasulullah S.A.W..dan pada hari ini juga lah khabarnya mereka akan bermandi-mandian di pantai atas kepercayaan 'pembuangan sial' yang pada mereka dapat mensucikan diri barangkali lah yaa..

..WALLAHU A'LAM BISSOWAB..



himpunan manusia yang berpusu-pusu ke tepi pantai...berkelah dan 
bersuka ria bersama rakan-rakan dan keluarga...


lokasi yang lazimnya menjadi tempat pilihan untuk meluangkan masa bersama keluarga
bertepatan dengan hari cuti am bagi penduduk mesir...



Dan pada awal pagi tadi sewaktu dalam perjalanan menuju ke kelas tutorial yang diadakan di markaz pelajar malaysia di sini..berlaku insiden angin kencang yang sekaligus membawa pepasir pantai menjadi debu-debu yang berterbangan...angin itu juga menyebabkan sampah-sampah bertebaran di sekitar kawasan...bagai layang-layang terputus talinya..hehe...(^_^)


pakcik tolak basikal tu bawa sampah..kesian..sampah-sampahnya 
pun ada yang dibawa angin lalu...







keadaan jalan raya yang bersepah...



kawasan cafe syisya-syai pun dicemari pasir dan plastik...



hehe...tak ketinggalan juga antara mangsa-mangsa ribut pasir pagi tadi...
(^_^)
cyan 'ibnu-ibnu sabil' ni..tunggu bas nak pegi kelas 
setengah jam..

Hmm...beralih lak ke kuliah azhar...lepas kelas madah 'fiqh muqaran' tadi kuliah ada mengadakan majlis..sebenarnya saya tak berapa pasti sangat juga majlis sempena apa..tapi kalau tidak silap pandang..majlis tu sempena majlis hujung tahun laa...yalah..kuliah dah habis dah untuk tahun ni..tinggal nak tunggu imtihan semester 2 ja lagi...sempat tengok sekejap mata ja majlis tu memandangkan kami ada kelas tutorial 'hadith ayat ahkam' yang masih perlu dihadiri...


beginilah keadaan majlis yang diadakan pagi tadi...sederhana tapi meriah...

ni la 'banner' berkenaan majlis yang dilangsungkan pagi tadi...

so...kesimpulannya 'jauh perjalanan luas pemandangan'..banyak pengalaman menarik yang sepanjang berada di sini...alhamdulillah...dah masuk 4 tahun duduk di mesir..terasa kasih lahir dari hati nan kecil ini..
pada bumi yang penuh sejarah dan karamah ini..semoga segala ilmu dan pengalaman bakal jadi penguat semangat untuk terus menimba ilmu di sini selagi waktu masih berbaki...

ALLAH S.W.T Berfirman::


yang bermaksud::

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
(At-Taubah 9:122)

..WALLAHU TA'ALA ALAM..

No comments:

Post a Comment