Photobucket

Thursday, April 26, 2012

::Selami Nawaitu itu::

...BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

Rasulullah SAW ada mengatakan dalam riwayatnya::
undefined
ertinya: “Dari Abi Atikah, dari Anas, ia berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Carilah ilmu sekalipun ke negeri China” (HR. Baihaki).

Dan sabda Baginda yang bermaksud::
tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...

Betapa tinggi level ilmu disisi ALLAH SWT...Subhanallah...dengan ilmu kita dapat menentukan pekara yang baik..dan yang buruk..benda yang betul dan yang salah...ilmu jugalah penentu landasan hidup yang sebenar...tanpa ilmu maka hilang lah kewarasan...musnahlah kehidupan...


banyak contoh-contoh negatif dan positif yang boleh di lihat pada dunia masa kini...dan kita juga jelas bahawa ianya berlaku atas dasar pengetahuan yang cetek...whether  akademik ataupun pengajian islam...inilah dunia kita kini yang hidup dan bercambah dalam realiti...depan mata kita sendiri...


mungkin masih ada dikalangan kita yang berfikiran bahawa menuntut ilmu itu adalah sekadar untuk mendapakan sesuatu pekerjaan atau hanyalah untuk target gaji yang lumayan...atau juga mungkin ada yang berpendapat bahawa untuk apalah wanita itu belajar sehingga ke menara gading...walhal pada akhirnya nanti akan masuk ke dapur juga sebagai tukang masak kepada suami dan anak-anak...??



lihatlah...jelas...jelas ternyata bahawa idea-idea dan pemikiran kita pada waktu ini lemah..kerana hanya memfokuskan sesuatu benda hanya pada kepentingan luaran sahaja tanpa menyelami dasar dan tujuan sebenar mengapa wajib bagi lelaki dan wanita..yang tua dan yang muda..juga anak-anak kecil itu untuk menuntut ilmu selagi nyawa masih di kandung badan...


ingatlah wahai sahabat-sahabat seperjuangan sekalian...tajdidkan lah niat kita...muhasabah kembali..apa sebenarnya tujuan kita menuntut ilmu..adakah sebagai tanda yang kita adalah seorang budak yang terpelajar yang berijazahkan universiti-universiti yang unggul??atau sekadar untuk berbangga dengan kepakaran yang kita kecapi ini??jangan...jangan menyimpan niat atau prasangka sebegitu...kerana..fikirlah...bahawa ada lagi generasi yang akan datang..yang datang dan muncul selepas kita...dari kita..dan untuk kita...merekalah anak-anak kita nanti...yang akan meneruskan apa yang bakal kita turunkan kepada mereka...itulah ilmu...wasiat yang tiada nilainya...yang tidak boleh dijual beli...



inilah generasi yang bakal dilahirkan kelak...



mereka ibarat kain putih..kitalah yang mencoraknya...

ajarkan mereka ilmu agama..didik mereka mengenali PenciptaNya...

pupuk kecintaan mereka terhadap Yang Maha Esa...

kerana merekalah yang akan mendoakan kita kelak...
anak kecil inilah ibarat cermin akan orang tuanya...


segalanya ditangan kita....



dan janganlah juga belajar hanya lah untuk persediaan untuk menduduki peperiksaan penilaian sahaja...kerana dengan bersikap sedemikian..ilmu pengetahuan kita akan terbatas dengan apa yang terpampang di buku sahaja...dunia ini luas...dan persoalan-persoalan dunia luar amat banyak...kita lah jua yang akan menjawabnya...setiap bait kata yang kita keluarkan..setiap hujah yang dilontarkan itulah yang akan jadi penilaian buat mereka...maka..fikirkanlah...

carilah ilmu Allah yang Maha Luas ini...


sama-samalah kita muhasabah diri...buka minda dan fikiran...siapa lagi yang ingin diharapkan untuk mengubah dunia,..kalau bukan kita...semoga segala ilmu dunia dan akhirat kita seimbang dan seiring dengan syariat Allah SWT..moga DIA melimpahi keredhoannya dan limpah barakahNya pada kita semua..amin yaa rabbal alamin...






No comments:

Post a Comment