Photobucket

Saturday, April 14, 2012

...Salam Imtihan...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Memandang pada detikan jarum saat pada jam dinding...sehelai demi sehelai kertas kalendar di koyak...sedar tak sedar...dah hampir masuk bulan 5...bagi "ibnu sabil" yang berada di sekitar bumi Anbiya yang penuh rahmat ini akan terasa getarannya...kerana bakal bersua dengan minggu fatrah imtihan...

time-time macam ni lah kuliah sesak dengan siswa-siswi sebab nak amik muqarrar la katakan..banyaklah muka-muka yang tak dikenali muncul..hehe..biasala tu..dah jadi kebiasaan di sini lantaran kuliah yang tak wajib tuk dihadiri...tapi Alhamdulillah setakat ni kuliah tak pernah sunyi dari kehadiran pelajar-pelajar malaysia...al-maklumlah..datang dari jauh..terasa rugi kiranya untuk tidak memanfaatkan waktu-waktu yang berbaki selama masih di sini...kerana bukan semua orang mendapat peluang untuk menjejakkan kaki di Universiti Al-Azhar Syarif ini walaupun ramai yang menyimpan keinginan untuk itu...maka bersyukurlah kita...Alhamdulillah...
suasana sekitar kuliah 

 keadaan dalam kelas kuliah


sesak sampai ke luar pintu untuk mendapatkan muqarrar

so..semester ke-2 ni ada 10 subjek semuanyaa untuk diduduki...berdebar juga rasa hati...tapi tiada yang mustahil dengan usaha dan tawakkal di samping perbanyakkan doa..Insyaallah..


madah::QADAYA..USUL FIQH..FIQH SYAFIE..HADITH AHKAM..
FIQH MUQARAN..



madah::NAHU..QADAYA..


عن أبى هريرة رضى الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم‏:‏ “ من سلك طريقاً يلتمس فيه علماً سهل الله له طريقاً إلى الجنة” رواه مسلم‏.‏



SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA...mohon iringan doa kalian...

No comments:

Post a Comment