Photobucket

Monday, July 25, 2011

Landasan Sebenar...???

Bismillahirrahmanirrahim...
Firman Allah SWT di dalam Surah An Nur ayat (51 - 52) yang bermaksud :

51. Sesungguhnya perkataan Yang diucapkan oleh orang-orang Yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang Yang beroleh kejayaan.


52. Dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan.

Adakah kita berada dilandasan yang sebenar??? 

Yaa..secara logik akal..sebuah kereta api akan sentiasa mengikut landasannya kemana juapun halatujunya ia akan mengikut landasan yang dibina..jika landasan yang dibina menuju ke Kaherah maka mustahil kereta api tersebut akan menuju ke Iskandariah.

Begitu juga kita sebagai manusia..jika kita berada di landasan yang benar serta redhai Allah SWT dengan mengikut segala perintah dan mejauhi segala laranganya berpandukan kitab (Al Quran) dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.Maka kita akan sampai ke destinasi yang dituju iaitu syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada setiap hambanya.Sabda Nabi SAW :
“Aku telah meninggalkan kepadamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”.

Begitu juga para sahabat dan sahabiah yang dirahmati oleh Allah SWT di dalam menuntut ilmu pun memerlukan landasan untuk menuju ke martabat insan yang kamil..tanpa landasan seseorang tidak akan mampu berhujjah dengan baik apatah lagi mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.Saya ingin mengajak para sahabat dan sahabiah merenung sejenak kata-kata yang telah diungkapkan oleh imam syafie’ rahimahullahu anhu :
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham akan landasan ilmu”.

Terkadang kita leka dek hasutan duniawi yang hanya menjanjikan kepura-puraan..kita hanyut dengan arus keseronokan hingga kita terlupa dan tersasar daripada landasan yang sebenar..sesungguhnya Allah swt tidak akan membiarkan hambanya yang mengatakan diri mereka beriman sehingga di datangkan ujian kepada mereka..setiap manusia tidak akan terlepas dari pandangan Allah swt..setiap kita akan menerima ujian semakin dekat kita dengan Allah swt maka semakin banyak ujian yang di datangkan.jika seorang nabi mahupun rasul yang diutuskan telah didatangkan dengan ujian yang amat berat apatah lagi kita hanya seorang manusia yang biasa???


Maka hanya dengan mengikuti jalan para solihin dan orang-orang yang beriman yang telah di tunjukkan oleh baginda Saw rahmat sekalian alam, kita akan mampu terus berada di jalan yang benar ataupun lebih tepat kita akan sentiasa berada dilandasan yang sebenar dan mendapat syurga Allah yang kekal abadi..


"Ingatkan aku jika aku terkeluar dari landasan ini,

Kejutkan aku jika aku terlena di landasan ini,

Berikan aku semangat jika aku lemah di landasan ini,

Aku, kau hanya insan yang lemah!!!

Suluh terang jalan kami yaa Allah

Dengan berkat nur Muhammad SAW"...

::By Nah@oNe::





No comments:

Post a Comment