Photobucket

Saturday, June 11, 2011

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillahirabbil alamin..bertemu lagi kita di helaian baru di halaman INSPIRASI SANUBARI ni..kali ini teringin rasa hati untuk berkongsi sedikit keistimewaan yang tercipta khusus buat yang bergelar WANITA..

WANITA..satu nama yang indah..darinya kita bisa menghidu bau dunia dan darinya juga lah kita bisa menghuni syurga Allah..betapa mulianya,betapa istimewanya anugerah seorang wanita..

Sahabat sekalian..
Nabi kita Muhammad S.A.W selalu berpesan kepada anaknya siti Fatimah bahawa dialah wanita pertama yang akan masuk kedalam syurga Allah..dan dialah ratu didalamnya..namun pada suatu hari,Rasul s.a.w berkata kepada putrinya itu yang mana di hujung kota madinah ada seorang wanita yang akan masuk ke dalam syurga terlebih dahulu sebelumnya..maka Fatimah merasa tercabar dan tidak berpuas hati dengan apa yang di sampaikan oleh ayahnya itu..

Lalu Fatimah bertekad untuk pergi menemui wanita yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W itu..setibanya Fatimah di rumah wanita itu,dia memberi salam namun wanita itu tidak memberikan Fatimah masuk kedalam rumahnya..kerana dia tidak meminta izin kepada suaminya untuk membenarkan sesiapa masuk kerumah…tapi kalau kita sekarang ni,izin x izin kot kan..hmm3x…lalu keesokan harinya,Fatimah bertandang lagi kerumah wanita tersebut tapi kali ini terdetik hatinya untuk membawa anaknya Hassan dan Hussin..

Sekali lagi Fatimah kecundang untuk masuk bertemu wanita itu kerana wanita itu hanya meminta dari suaminya untuk mengizinkan hanya Fatimah yang masuk kedalam..tanpa meminta untuk anak2 nya…wanita itu sekali lagi meminta maaf kepada Fatimah dan berjanji akan membenarkan Fatimah masuk setelah memberitahu kepada suaminya dan dia meminta Fatimah untuk datang ke rumahnya esok..Seperti yang dijanjikan,Fatimah datang keesokan nya dan kali ini dia bersyukur kerana setelah beberapa kali gagal untuk menemui wanita ini akhirnya dia berhasil menjejakkan kaki ke mahligai wanita yang dikatakan mulia oleh Ayahnya..

Sepanjang berada dirumah itu,Fatimah memerhati setiap gerak gerinya..kerna rasa ingin tahu apa yang membuatkannya masuk ke syurga dulu darinya..setelah hari menjelang petang,ketika mereka masih asyik bercerita,tiba2 wanita itu meminta izin kepada sayyidatina Fatimah untuk masuk kedalam biliknya..tak lama lepas tu,dia keluar dengan berpakaian indah,berhias cantik,rambut yang disikat rapi,sambil bergegas pergi ke dapur menyediakan makanan,minuman dan sebuah tongkat lalu meletakkan kesemuanya di tepi pintu rumah..Fatimah hairan lantas bertanya``kenapa engkau berkelakuan sedemikian?”lau wania itu menjawab..``sebentar lagi suami saya akan balik..saya sediakan air sekiranya dia haus,dan boleh terus minum..makanan sekiranya dia lapar,boleh terus menjamahnya..dan tongkat ini seandainya setiap apa yang saya lakukan tidak memuaskan hatinya atau ada kekurangan,saya sedia untuk dipukul..dan saya berhias agar bila dia balik dia berhajat kepada saya,maka saya sudah bersedia untuknya..”

Selepas mendengar kata2 wanita itu,Fatimah terharu dan mengakui di dalam hati bahawa tidak salahlah apa yang telah dikatakan oleh ayahnya itu..layaklah wanita itu untuk menghuni syurga Allah S.W.T kerana ketaatan dan kepatuhan hanya pada seorang suami..hmm…itu baru dengan suami kan?apa lagi hubungan dan ketaatan pada Khalik??sama2lah kita renungkan..



Sahabat sekalian..Rasululullah S.A.W mengatakan didalam hadisnya yang berbunyi..:


اذا صلت المراة خمسها وحفظت فرجها واطاعت زوجها قيل لها  ادخلي من اي الباب من ابواب 
الجنة شئت

Mafhumnya:(( jika seorang wanita itu solat lima waktu,menjaga kemaluannya,dan mentaati suaminya,maka katakanlah padanya:masuklah mana2 pintu dari pintu2 syurga semahumu..))



     Nak hadis lagi tak??(^_^)..boleh2…
Sabda rasulullah S.A.W:


خير النساء امراة اذا نظرة اليها فرجك وان امرتها اطاعتك وان غبت حفظتك في مالك ونفسها

Maksudnya:((wanita yang baik itu,apabila melihatnya dia akan membahagiakan, apabila diarah akan mentaati perintah,dan apabila ketiadaan (suami) akan menjaga harta dan dirinya))

So,tunggu apa lagi??mari kita contohi akhlak2 wanita terdahulu..perbaiki segala kesilapan..jadikan peribadi sebagai cermin kepada masyarakat..menjadi wanita hiasan dunia ini bukan mudah..tapi juga tidak sukar untuk di kecapi..contohi yang baik..hindari yang sebaliknya..sentiasalah kita nasihat menasihati ke arah kebaikan..semoga dengan itu dapat lah apa yang kita hajati..

Tapi harus kita tahu..disebalik kelebihan wanita ini..dialah juga yang banyak menghuni neraka Allah...kenapa??insyallah akan saya ceritakan di lain hari..stay tuned~!!!(^_^)




No comments:

Post a Comment